Kepentingan Kaedah-Kaedah Fiqh

Salah satu ciri yang istimewa dalam syariah Islam ialah ianya fleksibel dan sesuai dengan setiap zaman. Syariah Islam tidak jumud atau beku seperti yang difikirkan oleh segelintir orang.  Hukum-hakam Islam tidak hanya terikat kepada nas-nas secara tekstual, literal dan zahir tetapi harus diselaraskan dengan prinsip dan kaedah fiqh bagi mendepani permasalahan umat dan peredaran zaman.

Islam bukan agama bersifat ritual semata-mata tetapi merangkumi persoalan urusan kemasyarakatan seperti kekeluargaan, pendidikan, ekonomi (iktisad), perundangan (nizam), jihad dan pemerintahan (siasah) yang mana mesti diurus dengan penuh kebijaksanaan.

Cabaran zaman dengan kemajuan teknologi, sistem ekonomi yang kompleks, urusan manusia yang makin rencam menyebabkan pelbagai permasalahan baru timbul. Untuk itu, para ulama’ perlu menguasai pelbagai bidang ilmu fiqh dengan lebih meluas untuk memenuhi keperluan umat seperti fiqh perbandingan, fiqh awlawiyyat, fiqh kenegaraan, fiqh ekonomi dan sebagainya.

Para ulama mazhab telah banyak membicarakan perkara seperti ini. Di antara mazhab yang begitu luas mengambilkira kaedah-kaedah fiqh dalam ijtihadnya ialah mazhab Imam Abu Hanifah dan as-Syafi’i.

Mengaplikasikan kaedah-kaedah fiqh bukan bermakna mengetepikan nas-nas al-Quran dan as-Sunnah tetapi sebaliknya untuk mengurus dan memandu urusan agama dan urusan manusia agar diselaraskan dengan keadaan dan masa demi kemaslahatan umat itu sendiri dan mencapai tujuan syariah (maqasid syariah).

Para ulama telah menyenaraikan begitu banyak kaedah-kaedah fiqh yang boleh menjadi panduan umat pada masa hadapan. Di bawah ini adalah di antara kaedah fiqh yang biasa dipraktikkan:-

  1. Dharurat mengharuskan sesuatu larangan.
  2. Yang satu tidak boleh diasingkan dan yang berasingan tidak boleh disatukan.
  3. Banyak itu dikira semua (‘most’ is considered as ‘all’)
  4. Setiap perkara dinilai mengikut niat dan tujuan
  5. Adat (uruf) adalah sumber hukum
  6. Apabila yang wajib tidak sempurna kerana sesuatu perkara, maka perkara itu juga menjadi wajib.
  7. Tidak boleh memudaratkan diri dan tidak boleh memudaratkan orang lain.
  8. Mudarat itu dicegah seberapa yang mampu.
  9. Mudharat itu dihilangkan seberapa yang mampu.
  10. Mudharat tidak boleh dihilangkan dengan satu mudharat yang sama atau yang lebih besar.
  11. Mudharat yang khusus boleh ditanggung untuk menolak mudharat yang umum.
  12. Mudharat yang rendah boleh ditanggung untuk menolak mudharat yang lebih tinggi.
  13. Boleh menanggung mudharat yang lebih ringan dari dua mudharat yang ada.
  14. Menolak kerosakan lebih utama dan mengambil manfa’at.
  15. Kerosakan yang sedikit dimaafkan demi untuk mengambil maslahat yang besar.
  16. Ditinggalkan maslahat yang lebih rendah dan dua maslahat yang ada.
  17. Kesulitan akan mendatangkan kemudahan.
  18. Jika sesuatu perkara menjadi sempit, ia sendiri akan menjadi luas.
  19. Harus bagi yang mengikut apa yang tidak harus bagi yang asal.
  20. Harus bagi sesuatu yang kekal dan berakhir apa yang tidak harus bagi sesuatu yang bermula.
  21. Asal bagi segala sesuatu adalah harus.
  22. Asal bagi segala persoalan kebiasaan dan muamalat, ialah melihat pada sebab dan maslahah.
  23. Seseorang itu memikul tanggungjawab sendiri atas harta yang perlu dibayar olehnya sebagaimana dia berhak penuh atas harta yang diperolehinya.
  24. Orang Islam terikat dengan syarat-syarat yang dipersetujui bersama.
  25. Sesuatu yang telah diketahui secara adat adalah ibarat sesuatu yang telah disyaratkan sebagai satu syarat.
  26. Tiada pertimbangan hukum bagi sesuatu yang jarang-jarang berlaku.
  27. Sesuatu yang majoriti, mengambil hukum umum.
  28. Hak-hak Allah dibina atas prinsip tolak ansur. Hak-hak manusia dibina atas prinsip berkira.
  29. Hak umat didahulukan dari hak individu.
  30. Fardhu ‘ain didahulukan dari fardhu kifayah.
  31. Fardhu kifayah yang belum dilaksanakan oleh sesiapa diutamakan atas fardhu kifayah yang telah dilaksanakan oleh sebahagian manusia.
  32. Tidak diterima amal sunat kecuali telah ditunaikan amal yang fardhu.
  33. Orang yang ketat/tegar, Allah akan bersifat ketat dengannya.
  34. Penilaian itu ialah berdasarkan pada akhir-akhir satu perkara.
  35. Amal hati lebih afdhal dari amal tubuh.
  36. Kemungkaran tidak boleh dihilangkan dengan kemungkaran yang lebih besar.
  37. Islam menghapuskan apa yang sebelumnya dan taubat menghapuskan juga apa yang sebelumnya.
  38. Apa yang hampir sama dengan sesuatu perkara, maka diambil hukumnya.
  39. Apa yang diasaskan atas kebatilan, maka ia juga adalah satu kebatilan.
  40. Tiada dosa lagi setelah kekufuran.
  41. Bid’ah lebih buruk dari maksiat.
  42. Sesuatu yang zanni tidak boleh mengatasi apa yang qat‘ii, apatah lagi untuk mendahulukannya.
  43. Sesuatu yang telah diyakini, tidak dihilangkan kerana keraguan.
  44. Sesuatu fatwa tidak membatalkan fatwa yang lain.
  45. Hukum asas dalam urusan mua’malat (jual beli) adalah kembali melihat tujuannya dan maslahat kebaikan (yang boleh dicapai daripadanya).
  46. Apa-apa yang diharuskan kerana sebab dharurat, adalah dibataskan dengan batasan tertentu. (As-Ashbah Wa An-Nazair, As-Suyuti, 1/82; Hawashi Asy-Syarwani, 3/27 )
  47. Tidak dapat disangkal bahawa beberapa jenis hukum berubah dengan perubahan masa (dan tempat). (Majallah al-Ahkam Al-Adliyah)
  48. Kesukaran yang bersangatan boleh membawa kepada keringan (dalam menentukan hukum).
  49. Apa-apa yang membawa kepada haram, hukumnya adalah haram. (Majma Al-Anhar, 4/25 ; rujuk perincian dalam ‘Ilam Al-Muwaqqi’ien, Ibn Qayyim, 3/137)
  50. %tus_hidden=13C/ol>
    Wallahu a’lam.

     

Iklan

Tentang history55education

Blog Education and History Renaissance
Pos ini dipublikasikan di Islami dan tag . Tandai permalink.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s