Sejarah dan Makna Puasa

Perkataan puasa berasal daripada perkataan “puas” dalam bahasa Sanskrit yang bermaksud tahan….iaitu menahan diri ataupun “imsak” dalam bahasa Arab. Ada 2 jenis puasa iaitu puasa sepanjang hayat dan puasa pada tempoh tertentu iaitu puasa Ramadhan.

1) Puasa sepanjang hayat

Puasa sepanjang hayat adalah menahan diri daripada makan atau minum benda haram seperti arak, babi, monyet dan sebagainya. Babi diharamkan kerana ia adalah haiwan yang tidak bermaruah dan babi membiarkan sahaja perlakuan sumbang pasangannya tidak seperti haiwan lain misalnya ayam, kambing, lembu yang akan marah dan menghalangnya. Haiwan lain tidak membiarkan pasangannya berlaku curang. Begitu juga dengan orang yang makan babi, mereka juga akan menjadi tidak bermaruah.

Semua benda yang diharamkan daripada makan dan minum itu adalah kerana ia menjana darah yang kotor dan nafsu yang kuat. Oleh itu untuk menjaga dan menstabilkan nafsu kita kenalah berpuasa sepanjang hayat daripada makan atau minum sesuati yang haram, kecuali ketika darurat (apabila melibatkan nyawa).

Al-An’am [145] Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku,sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah. Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani

Dalam agama Islam, meninggalkan benda-benda yang haram juga diberikan pahala.

2) Puasa pada tempoh tertentu iaitu berpuasa dalam bulan Ramadhan.

Baqarah [185](Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran…

Semasa berpuasa dalam bulan Ramadhan umat Islam menahan diri daripada makan, minum dan melakukan seks di siang hari. Puasa bermula daripada waktu Subuh (Subuh adalah permulaan Sembahyang siang) dan bukannya waktu Imsak.

Al-Baqarah [187] .. dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) daribenang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib)

Waktu Imsak adalah waktu yang biasanya Nabi kita berhenti makan, kira-kira 10 minit sebelum Subuh. Sekiranya terlambat bangun, masih boleh bersahur selagi azan Subuh belum habis dilaungkan.

Sebelum puasa Ramadan disyariatkan, umat-umat terdahulu juga berpuasa.

Al-Baqarah [183] Wahai orang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa

Mereka berpuasa siang dan malam selama 3 hari 3 malam setiap sebulan iaitu pada setiap 13, 14, 15 haribulan, sehinggalah dibatalkan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.

Al-Baqarah [187] Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Dia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamubenang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib) dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertakwa.

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2011/08/01/makna-puasa/

Iklan

Tentang history55education

Blog Education and History Renaissance
Pos ini dipublikasikan di Hot News, Islami, Pendidikan, Sejarah dan tag . Tandai permalink.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s