Formula Dan Tips Mendapatkan Lailatul Qadar

Cara Mendapatkan Lailatulqadar. Apa Yang Perlu Dilakukan Pada Malam Itu? Sekiranya Ditemukan Apa Yang Hendak Dimohon? Bagimana Jika Tidak Ditemukan?  Bagaimana Seseorang Boleh Mengetahui Yang Dia Telah Mendapat Lailatul Qadar?

2 formula yang dipetik berkenaan jadual malam “Lailatul Qadar ” adalah dari Kitab Jauharul Mauhub”

“Disebut dalam Hasyiyah Fathul Wahab,  Jika awal puasa bermula pada hari Isnin, maka Lailatul Qadar adalah di malam ke 21″.

Ahli sufi pula mengatakan “Jika awal puasa bermula pada hari Isnin, maka  Lailatul Qadar adalah di malam ke 29″.

Cara Mendapatkan Lailatulqadar

Daripada Aishah r.a.”Bahawasanya Nabi s.a.w beriktikaf pada sepuluh hari terakhir di bulan Ramadhan, sehinggalah baginda wafat, kemudian para isteri baginda meneruskan amalan beriktikaf selepas kewafatannya”.

Iktikaf bererti berhenti dan berada di dalam masjid, berhenti dari segala urusan dunia, disertai niat untuk berhenti di dalam masjid sambil melakukan amalan seperti membaca al-quran, bertasbih dan sembahyang. Kebiasaannya Nabi Muhammad s.a.w. beriktikaf dengan memasuki masjid mulai petang 19 Ramdahan selepas waktu Asar dan tidak keluar sehinggalah selepas Maghrib hari terakhir Ramadhan. Isteri-isteri Baginda Mulia pula beriktikaf di rumah masing-masing iaitu di tempat yang biasanya mereka bersembahyang.

Jika kita tidak dapat beriktikaf di masjid sepanjang 10 akhir Ramadhan, maka berdoalah agar dipertemukan dengan Lailatul Qadar dan bangunlah beribadat di sepertiga akhir malam.

Apa Yang Perlu Dilakukan Pada Malam Itu (Lailatul Qadar)?

Bangunlah beribadah pada sepertiga akhir malam. Bangunlah kira-kira dalam pukul 2-3 pagi. Lakukan apa jua amalan misalnya membaca quran, sembahyang sunat, berzikir atau memikirkan kebesaran Allah kerana sesiapa yang bertemu dengannya dalam keadaan melakukan apa jua ibadat akan mendapat pahala seperti beribadat atau berfikir kebesaran Allah selama 1000 bulan atau 84 tahun.

Al-Qadr [3] Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

Boleh juga mengamalkanlah zikir berpahala 2 juta ini semasa berjaga malam mencari Malam Qadar (Lailatul Qadar).

Dari Abdullah bin Abi Aufa r.a., Rasulullah saw. bersabda, Sesiapa membaca Laa ilaaha illallah wahdahu laa syariikalah ahadan somadan lam yalid walam yuulad walam yakun lahu kufuwan ahad, maka Allah akan menulis baginya dua juta kebaikan (Riwayat Thabrani).

Sekiranya Ditemukan Apa Yang Perlu Dimohon?

Telah diriwayatkan dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha bahawa dia bertanya, “Ya Rasulullah, apa pendapatmu jika aku mendapat Lailatul Qadar (mengetahui terjadinya), apa yang mesti aku ucapkan?” Beliau menjawab,“Ucapkanlah, Allahumma innaka ‘afuwwun karim, tuhibbull ‘afwa , fa’fu ‘anni (Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku.) (Hadis Riwayat at-Tirmidzi (3760), Ibnu Majah (3850) dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha. Sanadnya sahih)

Bagaimana Jika Tidak Ditemukan (Lailatul Qadar)

Apa yang penting ialah menghidupkan malam, kerana walaupun tidak berjumpa dengannya orang yang menghidupkan malam itu tetap akan diberi tawaran pengampunan dosa oleh Allah s.w.t.

Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Bagaimana Seseorang Boleh Mengetahui Yang Dia Telah Mendapat Lailatul Qadar?

Sebagai perumpamaan : Orang yang menembak akan mengetahui samada tembakannya itu telah mengenai sasaran (misalnya burung yang ditembak).  Walaupun dia tidak melihat burung itu mati, tetapi dia boleh/dapat merasainya.

Selain itu boleh juga dengan melihat pada amalan kita di tahun berikutnya, adakah amalan kita semakin bertambah atau semaking berkurangan, misalnya kita semakin kerap berjemaah di masjid bagi kaum lelaki. Begitu juga dengan kejahatan, apakah kita mampu meninggalkan kejahatan atau dosa yang biasa dilakukan pada tahun sebelumnya.  Perubahan baik kepada amalan kita adalah tanda seseorang untuk  Mengetahui Yang Dia Telah Mendapat Lailatul Qadar

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2011/08/17/formula-dan-tips-mendapatkan-lailatul-qadar/

Tentang history55education

Blog Education and History Renaissance
Pos ini dipublikasikan di Hot News, Islami, Tutorial dan tag . Tandai permalink.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s