Hadiah Allah Kepada Umat Muhammad Di Bulan Ramadhan

pabila Rasulullah s.a.w. menceritakan kepada para sahabat tentang bagaimana Bani Israil berjihad dan mengangkat pedang untuk berperang selama 83 tahun, maka para sabahat berdukacita dan terkilan mengenangkan yang mereka tidak mampu berjihad seperti jihad Bani Israil itu. Lalu Allah s.w.t. menghadiahkankan malam Lailatul Qadar kepada para sabahat, termasuk kita dan semua umat Nabi Muhammad s.a.w. melalui tetamunya yang mulia yang datang bertandang yang bernama Ramadhan.

Bulan Ramadhan dan Puasa Ramadhan adalah tetamu.  Sesiapa yang melayannya dengan baik, dengan mengikut gaya dan kehendaknya, ya’ani mengikut peraturan dan pantang larangnya, maka berjayalah puasanya. Sebelum tetamu ini pergi meninggalkan kita, Allah akan memberi satu hadiah yang istimewa kepada kita umat Muhammad s.a.w., iaitu Malam Lailatul Qadar.

Lailatul Qadar adalah makhluk Allah. Ia adalah malam yang paling tinggi kedudukannya dalam Islam. (*Malam Nisfu Syaaban adalah kedua paling tinggi selepas Lailatul Qadar). Malam Lailatul Qadar diturunkan atau dijadikan oleh Allah, adalah untuk meningkatkan kedudukan atau darjat seseorang manusia.  Barangsiapa yang dapat bertemu dengannya dalam keadaan sedang melakukan apa jua ibadat atau memikirkan (bezikir) akan kebesaran Allah, maka dia diberi ganjaran pahala seperti beribadat selama 1000 bulan atau 83 tahun 4 bulan.

Firman Allah s.wt. : Al-Qadr [3] Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

Allah s.w.t menghadiahkan Lailatul Qadar kepada kita umat Nabi Muhammad s.a.w. adalah bagi memudahkan kita memasuki syurgaNya. Allah ingin mewariskan syurga ini kepada kita sepertimana tanah yang diwariskan oleh mereka yang telah meninggal dunia:

Firman Allah s.w.t : Al-A’raf [43]…Dan mereka diseru: Itulah Syurga yang diberikan kamu mewarisinya dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan.

Tentang history55education

Blog Education and History Renaissance
Pos ini dipublikasikan di Hot News, Islami, Pendidikan dan tag . Tandai permalink.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s