Ramadan Bulan Rahmat dan Keampunan, Allah Maha Pengampun dan Pengasihani

Bulan Ramadhan itu awalnya rahmat, pertengahannya keampunandan pengakhirnya adalah kemerdekaan dari neraka. Manakala dalam quran banyak sekali ayat yang bermaksud “.. sesungguhnya Allah, Dialah Yang Maha pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani”.

Bulan Ramadan terbahagi kepada 3 fasa iaitu 10 hari pertama adalah fasa rahmat, 10 hari kedua sebagai fasa keampunan manakala 10 hari terahir adalah fasa kemerdekaan dari api neraka.

Rahmat dan Sifat Pengasih

Bulan Ramadan adalah bulan kerahmatan, bulan Allah menunjukkan sifat pengasihnya apabila dihentikan seksa kubur ke atas umat Islam dan ditutup pintu-pintu neraka dalam bulan ini.

Rahmat Allah yang diturunkan ke dunia ini hanya satu per seratus sahaja dan 1 bahagian inilah yang menjadikan sifat pengasih makluknya.

Hadith Abu Hurairah r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t menjadikan rahmat sebanyak seratus bahagian. Dia menahan di sisi-Nya sebanyak sembilan puluh sembilan dan diturunkan ke bumi hanya satu bahagianDari satu bahagian inilah seluruh makhluk saling kasih mengasihi antara satu sama lain sehinggakan binatang mengangkat kaki dari anaknya takut terpijak atau menyakiti anaknya.

Rahmat Allah jugalah yang memerdekakan kita daripada api neraka.

Daripada Jabir r.a katanya, beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-matarahmat Allah S.W.T belaka.” (Riwayat Muslim)

Keampunan dan Sifat Pengampun

Bulan Ramadan adalah bulan keampunan dan Allah s.w.t. menunjukkan sifat pengampunnya melalui beberapa tawaran pengampunan dosa kepada mereka yang berpuasa dengan ikhlas dan penuh keimanan, mendirikan sembahyang malam (tarawih), mengenyangkan orang yang berbuka puasa, menghidupkan malam Lailatul Qadar dan bertadarrus.

Jangan putus asa dari rahmat Allah, kerana rahmat Allah itu lebih besar dari langit dan bumi.

Az-Zumar [53] Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa;sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Allah sangat suka pada mereka yang memohon keampunan, bahkan dalam sebuah hadith disebut:

“Demi Zat yang menggenggam jiwaku, sekiranya kalian tidak pernah berbuat dosa, nescaya Allah akan mematikan kalian dan menggantikan dengan kaum yang berbuat dosa, lalu mereka memohon ampun kepada Allah dan Allah pun mengampunkan mereka.”

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2011/08/18/ramadan-bulan-rahmat-dan-keampunan-allah-maha-pengampun-dan-pengasihani/

Iklan

Tentang history55education

Blog Education and History Renaissance
Pos ini dipublikasikan di Islami dan tag , . Tandai permalink.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s