Pandangan Mata Yang Khianat

Al-Ghafir [19] : Allah Subhanahuwata’ala mengetahui pengkhianatan (penyelewengan dan ketiadaan jujur) pandangan mata seseorang, serta mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati.

Pandangan manusia adakalanya berbisa dan ia dikenali sebagai “ain” yang juga disebut sebagai ‘pandangan mata’ atau ‘keteguran” dalam bahasa Melayu. Kalau ada sesuatu yang boleh mengatasi takdir Allah Subhanahuwata’ala, maka “ain” lah itu, tetapi tiada yang boleh mengatasi takdir Allah Subhanahuwata’ala“

Ibnu Abbas r.a berkata, “Rasulullah s.a.w. bersabda, ‘Bahawa pandangan mata yang mengakibatkan sesuatu keburukan adalah benar (boleh berlaku). Andainya ada sesuatu yang seolah-olah mendahului al-­Qadar, maka didahului oleh pandangan mata.”

Dalam hadis lain Abu Hurairah berkata (mafhumnya): “Nabi pernah menyebut al-‘ain (pandangan mata) adalah benar (boleh berlaku).” (Sahih Bukhari Muslim).

Qalam [51] : Dan sesungguhnya orang-orang yang kafir itu, hampir-hampir menggelincir dan menjatuhkanmu dengan pandangan mereka (yang penuh dengan permusuhan dan kebencian), semasa mereka mendengar Al-Quran sambil berkata: Sebenarnya (Muhammad) itu, sungguh-sungguh orang gila.

Al Quran juga menceritakan tentang saudara saudara Nabi Yusuf yang kembali ke Mesir untuk menebus adik mereka (Yusuf dan Bunyamin) yang telah ditahan kerana dituduh mencuri. Mereka telah dinasihatkan oleh ayah mereka (Nabi Yaaqub) supaya memasuki kota Mesir dari jalan-jalan yang berasingan kerana ditakuti terkena ain (‘kena mata’). Baginda bimbang orang ramai terkejut melihat kecantikan mereka jika mereka berjalan bersama-sama.

Yusuf [67] : Dan dia berkata lagi: “Wahai anak-anakku! Janganlah kamu masuk (ke bandar Mesir) dari sebuah pintu sahaja, tetapi masuklah dari beberapa buah pintu yang berlainan. Dan aku (dengan nasihatku ini), tidak dapat menyelamatkan kamu dari sesuatu takdir yang telah ditetapkan oleh Allah Subhanahuwata’ala. Kuasa menetapkan sesuatu (sebab dan musabab) itu hanya tertentu bagi Allah Subhanahuwata;ala . KepadaNyalah aku berserah diri, dan kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri“.

Namun “Ain” dan arahan bapanya itu tidak boleh mengatasi takdir Allah Subhanahuwata’ala:

Yusuf [68] : Dan ketika mereka masuk menurut arah yang diperintahkan oleh bapa mereka, tidaklah perintahnya itu dapat menyelamatkan mereka dari apa yang telah ditakdirkan oleh Allah Subhanahuwata’ala sedikitpun, tetapi yang demikian itu hanyalah melahirkan hajat yang terpendam dalam hati Nabi Yaakub. Dan sesungguhnya dia orang yang berilmu, kerana kami telah mengajarnya (dengan perantaraan wahyu); tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (akan rahsia takdir Tuhan)

sumber

Tentang history55education

Blog Education and History Renaissance
Pos ini dipublikasikan di Islami dan tag . Tandai permalink.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s