Penyakit Bani Israil Dan Juga Umat Islam

Baqarah [84] Dan (ingatlah), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan kamu: (Bahawa) janganlah kamu menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan) sesama sendiri dan janganlah kamu usir-mengusir sesama sendiri dari kampung masing-masing. Kemudian kamu telah berikrar akan mematuhi perjanjian setia itu dan kamu sendiri pula menjadi saksi (yang mengakui kebenarannya).

Setelah diikat perjanjian, mereka yang mengikat perjanjian ini jugalah yang memungkiri janji itu.

Baqarah [85] Kemudian kamu ini jugalah (wahai Bani Israil), kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri dan kamu usir satu puak dari kaum kamu keluar dari kampungnya; kamu pula saling bantu-membantu (dengan orang lain) untuk menentang mereka dengan melakukan dosa dan penganiayaan;

Bani Israil berpecah-belah disebabkan hasad dengki sesama mereka. Umat Nabi Muhammad juga berpecah-belah sesama sendiri disebabkan penyakit hasad dengki sepertimana yang telah berlaku ke atas Bani Israil.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Telah meresap di kalangan kamu penyakit ummah yang terdahulu daripada kamu, iaitulah hasad dan kebencian yang merupakan pemotong. Aku tidak berkata ianya pemotong rumput, tetapi ianya pemotong yang memotong ugama.”

Sesungguhnya sifat hasad memakan segala kebaikan umpama api memakan (menjilat) kayu kering.” (Hadis riwayat Tarmizi).

Umat Islam lemah pada hari ini kerana umatnya tidak bersatu. Kerajaan Islam di Andalusia jatuh ke tangan Kristian kerana pemimpin-pemimpin Islam tidak bersatu, bahkan mereka bekerjasama pula dengan pihak Kristian untuk menjatuhkan sesama sendiri.

Kata pepatah Melayu, “Bersatu teguh, bercerai roboh”. Kata pepatah asing “Kekuatan itu ada dalam kesatuan“. Kita dilarang memusuhi sesama Islam, walaupun di antara Ahli Sunnah dan Syiah. Syiah masih Islam, cuma mereka tergelincir kerana mereka hanya menerima Ahlul Bait (keluarga nabi) dan mengkafirkan sahabat nabi. Dalam sebuah hadith disebut, jangan kafirkan mereka yang sembahyang menghadap kiblat. Penganut fahaman Syiah masih Islam kerana mereka juga bersembahyang menghadap kiblat, cuma mutu Islam mereka adalah rendah.

Bani Israil mempunyai sentimen bangsa yang kuat dan mereka sanggup menebus tawanan perang daripada kalangan mereka, tetapi selepas itu mereka kembali berpecah-belah.

Baqarah [85] …… padahal kalau mereka datang kepada kamu sebagai orang tawanan, kamu tebus mereka; sedang perbuatan mengusir mereka diharamkan juga atas kamu….

sumber

Tentang history55education

Blog Education and History Renaissance
Pos ini dipublikasikan di Islami dan tag . Tandai permalink.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s