Tahanlah Pandangan Matamu

Al-Ahzab [53] : …dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir.

Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w., para sahabat menemui Aisyah r.a. untuk bertanyakan sesuatu masalah agama dan Aisyah r.a. hanya menjawab di sebalik tabir.

Ini adalah peraturan Islam yang diamalkan oleh Aisyah r.a. apabila bertemu dengan sahabat, sayugianyalah menjadi ikutan dan amalan semua orang Islam apabila berhubung, kerana kebebasan berhubung antara lelaki dan wanita yang bukan mahram adalah dilarang dalam Islam.   Kata pepatah Melayu, dari mata turun ke hati. Pandangan mata itu jugalah yang menaikkan nafsu. Kerana itulah kita disuruh merendahkan pandangan daripada memandang perkara yang haram dan wajah wanita atau lelaki yang bukan mahram.

Walaupun Islam membenarkan perempuan membuka atau menampakkan mukanya untuk urusan harian, namun ianya bukanlah alasan untuk kaum lelaki yang bukan mahram memandangnya sesuka hati.

Diriwayatkan,  Rasulullah saw berjalan dengan agak laju dan menundukkan pandangan Baginda.

An-Nur [30] : Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka      menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Subhanahuwata’ala Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

Selain lelaki, perempuan juga diminta menahan daripada memandang lelaki kerana ia juga boleh menyemarakkan nafsu.

An-Nur [31] : Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram)……

Islam juga melarang seseorang melihat atau memandang ke dalam rumah orang lain sebelum diizinkan.

Rasulullah s.a.w bersabda :Sesiapa yang mengintip ke dalam rumah orang, sebelum diberi izin untuk masuk ke dalam, maka sesungguhnya dia tidak meminta izin (Hadith Riwayat Abu Daud).

Abu Hurairah r.a melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tidaklah kamu bersalah, jika seseorang yang mengintip ke dalam rumahmu tanpa izin dan kamu memukulnya mengunakan batu dan mencederai matanya.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim).

Isra [36] : ….sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.

sumber

Tentang history55education

Blog Education and History Renaissance
Pos ini dipublikasikan di Islami dan tag . Tandai permalink.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s